Thursday, December 05, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai semasa Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper)


Video https://youtu.be/o_pvlH4durY

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa pembentangan Kertas Putih Pertahanan pada 2/12/2019

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali, saya ingin mengalu-alukan usaha kerajaan dan juga Kementerian Pertahanan untuk mengusahakan satu Kertas Putih Pertahanan yang julung-julung kali dibentangkan di Parlimen. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri.  Sebagai Ahli Parlimen, saya berpeluang menggunakan platform ini untuk membahaskan Dasar Pertahanan Negara. Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Kertas Putih yang mempunyai tema makmur juga, Malaysia yang Selamat, Berdaulat dan Makmur. Malaysia yang selamat, berdaulat dan baru ada kemakmuran. Malaysia yang selamat baru boleh menjana peluang ekonomi dan rakyat baru boleh menikmati hasil daripada peluang ekonomi dan juga kemodenan.


Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan, memberikan penghormatan saya kepada Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka. Mereka yang sedang berkhidmat, veteran-veteran ATM dan juga wira-wira kita yang memperjuangkan keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya ada beberapa facility ATM seperti di kawasan saya ada staff station Tentera Darat di Batu Ferringhi, yang merupakan tapak latihan. Terdapat Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP TUDM) serta Markas Askar Wataniah 509 di kawasan Parlimen Bukit Bendera. Sukacita saya laporkan kepada Dewan ini, saya selalu ada peluang melawat ketiga-tiga facility ini dan telah mengadakan program bersama. Saya juga meluluskan peruntukan untuk naik taraf infrastruktur kepada ketiga-tiga facility ketenteraan ini di bawah peruntukan Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih Pertahanan ini telah dibentangkan atas meja Ahli Parlimen pada hari Khamis. Saya berkesempatan untuk membaca keseluruhan dokumen ini sebanyak 90 muka surat dan saya ambil maklum bahawa usaha untuk menghasilkan dasar Kertas Putih Pertahanan ini telah berpanjangan satu tahun dan juga saya telah hadiri Perwira Consultation Forum sebelum ini. Saya juga telah hadiri conference oleh MIDAS yang sebelum ini yang membicarakan Kertas Putih Pertahanan ini. Oleh itu saya amat menyanjung dengan usaha-usaha Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Tentera Malaysia untuk menyediakanKertas Putih Pertahanan ini, satu dokumen yang penting, yang memberikan hala tuju kepada Dasar Pertahanan Negara untuk tempoh tahun 2020 sampai tahun 2030.

Saya juga berkesempatan untuk membaca Defense White Paper dari negara Australia dan juga negara China dan saya dapati bahawa Kertas Putih Pertahanan kita sebenarnya di drafkan dengan asas yang baik, dengan penghuraian, cabaran geopolitik kita. Seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ini, geografilah menentukan karakter, nasib dan juga hala tuju negara kita. Istilah seperti galur kebenuaan, gerbang penjalin muncul puluhan kali dalam dokumen Kertas Putih Pertahanan. Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan Laut China Selatan, Lautan Pasifik, serta Selat Melaka, Lautan Hindi. Oleh itu, kita emphasize sebagai negara maritim amatlah berpatutan. Ini penting untuk mempertahankan pelabuhan kita, industri perkapalan kita, perikanan kita dan juga petroleum dan gas kita. Maritime area kita mempunyai dua kali lebih besar daripada kawasan darat kita.

Oleh itu pemberatan kepada kekuatan tentera laut diperlukan. Sokongan tentera udara juga perlu untuk menyokong operasi laut perlu diberikan penekanan. Saya rasa kita, buat masa ini TLDM mempunyai 44 vessels di bawah 15 kelas dengan dibina oleh pelbagai shipyard oleh tujuh buah negara. Ini akan menjadi satu masalah ataupun sokongan logistik yang amat kompleks dan mencabar. Tuan Yang di-Pertua, melalui Kertas Putih ini yang menjangkau masa tahun 2020 sampai tahun 2030, boleh kita cristalize idea-idea kita supaya ada sokongan bajet yang berpadanan. Tuan Yang di-Pertua, atas perbelanjaan ketenteraan, satu bab yang penting, saya rasa tidak ada yang muncul dalam Australian White Paper iaitu funding defence dengan butiran seperti perbelanjaan terhadap funding model untuk pertahanan kita, bagaimana kita menyokong pertahanan ini.

Tuan Yang di-Pertua, bab tersebut tiada dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Lazimnya military expenditure dikira mengikut peratus GDP sesebuah negara. Terdapat trend penurunan dari segi perbelanjaan ketenteraan untuk Malaysia dari segi GDP. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, peratus perbelanjaan ketenteraan kita lebih kurang dari 1.5 peratus GDP kepada 1 peratus GDP pada tahun 2018. Sebenarnya kalau kita lihat sama ada perbelanjaan terhadap pertahanan kita tidak rendah kalau berbanding dengan negara-negara lain. Negara Jepun, perbelanjaan terhadap national defense kalau mengikut peratusan GDP ialah 1 peratus. Negara Germany 1.2 peratus, dan China 1.2 peratus. Negara-negara yang tinggi dari segi perbelanjaan ketenteraan adalah seperti Amerika Syarikat 3.5 peratus, Rusia 4.4 peratus dan mereka mempunyai global pleasent. Oleh itu peratusan yang tinggi.

Kalau kita lihat, kita sebenarnya meninjau dari segi ASEAN. Kalau negara-negara jiran seperti Indonesia dan Laos yang mempunyai perbelanjaan pertahanan kurang daripada 1 peratus. Oleh itu, apabila kita bandingkan GDP, sebenarnya kita tidak – kita bukan tinggi dan bukan rendah, kita sederhana. Dari segi peratus bajet yang diperlukan untuk Kementerian Pertahanan, untuk tahun 2020, Federal Budget untuk kepada pertahanan adalah 6.74 peratus iaitu sejumlah dari segi pembangunan RM3.08 bilion, pengurusan RM12.4 bilion sejumlah RM15.58 bilion. Iaitu sejumlah 6.4 peratus Federal Budget kita untuk Kementerian Pertahanan dan sebenarnya adalah penerima kelima terbesar dalam federal bajet selepas Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Perbendaharaan dan Kementerian Dalam Negeri.
Oleh itu, sebenarnya Kementerian Pertahanan Malaysia kalau kita banding dengan peratus Federal Budget, kita lebih tinggi daripada negara-negara seperti Jepun 2.5 percent, Germany 2.8 percent, negara England 4.8 peratus. Oleh itu, apabila kita melihat dari perspektif antarabangsa itu, kalau kita sebenarnya average, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Oleh itu, dalam bab terakhir Kertas Putih Pertahanan ini tidak disebutkan tentang funding tetapi dinyatakan pembentukan satu jawatankuasa pelaburan pertahanan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berharap pembelian aset-aset ketenteraan kita, pertahanan kita hendaklah dipertimbangkan dari segi kewajarannya, logistik maintainance dan kemampuan kita. Kita tidak sepatutnya joining the arm races ataupun persaingan pembelian aset- aset ketenteraan.

Contohnya kalau negara-negara jiran kita yang ingin membeli jet F35, jet pejuang F35 keluaran Amerika Syarikat yang setiap satunya melebihi RM500 juta ataupun jiran satu lagi yang ingin membeli SU35 dari Rusia, jet pejuang. Perlu kah kita berlumba-lumba untuk membeli juga MiG-35 dari Rusia. Fighter jet sebenarnya dia amat kos tinggi. Oleh itu kita perlu memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Saya tertarik dengan bab empat untuk membina angkatan masa depan. Apabila dihuraikan terhadap tentang pertahanan udara jarak sederhana, sistem radar pertahanan udara, sistem radar pengawasan pantai dan sistem tanpa pemandu untuk menyokong operasi di kawasan teras. Itulah sepatutnya priority kita kerana priority itulah sepatutnya priority kita seperti yang sebut dalam Kertas Putih Pertahanan dan bukan kita berlumba-lumba dengan negara-negara jiran untuk pembelian aset-aset yang mahal dan yang terbaharu.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan Kertas Putih Pertahanan ini mempunyai satu guidance supaya untuk kita membuat pembelian. Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia kerana banyak kerja yang telah dibuat dan juga penerbitan sebuah buku "Guardian Of the Frontier" yang telah dihadiahkan kepada semua ahli Parlimen. Buku ini menghuraikan sejarah TLDM dan kerja-kerja mempertahankan kepulauan dan perairan di Laut China Selatan. Laut China Selatan turut akan menjadi satu medan yang bakal mencetuskan konflik. Banyak submarines dekat bawah, di bawah Laut China Selatan dan terdapat juga negara-negara lain seperti Australia yang ingin membeli 12 submarines. Negara China mempunyai target untuk membeli 20 submarines. Oleh itu kita lihat dijangkakan di seluruh dunia, submarines di dunia ini terdapat separuh akan beroperasi di kawasan-kawasan Indo-Pacific.

Oleh itu perlu kah kita berlumba-lumba dengan mereka untuk menambah aset-aset terbaharu yang mahal seperti ini? Priority kita seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ialah kapal misi pesisir ataupun bot pemintas pantas, bot pasukan khas untuk operasi di laut pesisir. Oleh itu saya sangat menyanjung tinggi usaha kita untuk set the priority’s correct. Kita perlu memastikan priority kita betul dan kita perlu juga menaikkan kebajikan untuk anggota-anggota ATM kita, veteran kita harus diperbaiki dan ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Kertas Putih Pertahanan ini, satu polisi yang telah diumumkan sebelum ini iaitu foreign policy kita. Di bawah buku ini, foreign policy framework the new Malaysia, change in continuity dan buku ini harus dibaca bersama dengan Kertas Putih Pertahanan dan kita harus menggunakan usaha military diplomacy kita untuk dijalankan serentak diplomasi untuk menyelesaikan konflik-konflik yang potential berlaku dan military ataupun ketenteraan pertahanan haruslah sebagai langkah terakhir.

Usaha-usaha International Military Arrangements di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan juga kerjasama pertahanan di peringkat ASEAN dan juga perkhidmatan kita di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hendaklah diteruskan. Malaysia menempatkan seramai 26 orang penasihat pertahanan, defense attache di 25 buah negara di negara-negara FPDA, di negara ASEAN, lima buah negara besar Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain.

Saya turut mencadangkan penasihat pertahanan di tambah di Jakarta, memandangkan kerja-kerja penyelamat di peringkat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta di AHA Centre serta ASEAN Secretariat – Kita juga – Seorang di Jakarta, Indonesia dan seorang lagi untuk peringkat ASEAN. Ini seperti arrangement kita di Bangsa-bangsa Bersatu, seorang untuk seluruh US dan seorang lagi untuk Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Saya turut mencadangkan penambahan penasihat pertahanan ditambah di negara-negara Iran, Qatar. Negara-negara tersebut mempunyai pengaruh di kalangan negara OIC dan perlu dijalinkan hubungan pertahanan antarabangsa yang lebih erat.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat serantau pula terdapat pelbagai cabaran yang berlaku sebelum ini seperti ancaman konfrontasi, ancaman komunis, perang Vietnam dan sebagainya. Semua itu telah berlalu dan telah tamat. Perspektif masa depan kita perlu lihat dan imagine juga apa yang berlaku di rantau ini pada masa hadapan. Seperti pembinaan ibu kota baharu dari Jakarta di Jawa ke Kalimantan Barat dan dijangka hanya 500 kilometer dari sempadan Malaysia di Borneo. Begitu juga, dengan defense pact United States dengan Singapura yang dahulunya dari tahun 1990 sehingga tahun 2020 telah dilanjutkan ke tahun 2035. Tentera Amerika akan menggunakan pangkalan udara dan laut di Singapura.
Semua ini harus diberikan perhatian dan fikiran yang sewajarnya. Indonesia adalah merupakan kawan kita, Singapura adalah kawan kita dan semua egara ASEAN adalah kawan kita. Oleh itu, kita perlu bukan sahaja melihat perspektif dari segi pertahanan dan ketenteraan, kita juga perlu melihat kepada cabaran – bukan sahaja ketenteraan tetapi non-state actor ataupun pelaku individu dan bukan negara. The lone wolf, lanun-lanun, Abu Sayyaf dari perairan Sabah, aktiviti perikanan, pencerobohan di Pantai Timur dan Semenanjung dan potensi pelarian Rohingya membanjiri sempadan darat dan maritim di utara Semenanjung dan juga kes-kes yang sebagainya.

Saya rasa itulah ancaman yang bukan tradisional. Saya juga berharap, apabila – seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, serangan dron ke atas facility petroleum di Arab Saudi telah membongkar kelemahan keselamatan yang bakal menggugat aktiviti ekonomi.Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berakhir, saya ingin membangkitkan satu perkara bahawa di Kertas Putih ini juga telah menyebut tentang penahanan dan juga pendakwaan seramai 12 orang rakyat Malaysia disyaki membantu pergerakan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Saya meminta supaya pertimbangan dan kebijaksanaan Menteri supaya perkara ini tidak ditimbulkan di dalam Kertas Putih ini kerana ia masih dalam proses mahkamah.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sekali lagi memberikan penghormatan setinggi kepada warga anggota tentera Malaysia dan tahniah kepada kerajaan dan juga Menteri kerana penghasilan Kertas Putih Pertahanan julung-julung kali ini dan merupakan tunjang kepada Malaysia yang selamat, berdaulat dan makmur.
Sekian, terima kasih.

Thursday, November 14, 2019

国会改革

国会改革
黄汉伟專栏(升旗山国会议员)刊登于光华日报13-11-2019

两星期前,我接受了CityPlus 电台访问了关于国会议员出席率的专访。事缘有关国阵Kinabatangan 议员邦莫达在议会厅里援引议会常规指出席会议人数不足法定人数。议长按铃后,几分钟内有10多位议员进入议会厅,凑足人数才能继续辩论。

国会常规里说的法定人数是Quorum 即须26位国会议员在会议厅里。马来西亚国会师承英国西敏寺国会制度,但历经60年的大马国会还沿用陈旧的会议制度。

国会会期间是每周一至周四的开全会。全会即全部222位国会议员参与的会议。英国国会已经有发展成熟的国会委员会制度,而马来西亚还在起步。英国国会每周有一天是委员会日。国会议员出席各自的委员会,那一天就没有开全会。


各大大小小的委员会由朝野议员组成,深入探讨各项政策议题。委员会会议成果写成报告,提呈给议会,放在每个国会议员的桌上,也放在网上让媒体及公众下载阅读。议员们也可在辩论时引述报告书,媒体亦可大事报导报告书内容。

马来西亚国会在第十四届大选后进行了初步改革,成立了约十个以政策导向为主的委员会。由于委员会由来自全国东西马各地议员组成,所以在国会会议期间也召开各自委员会会议。

那天会议厅内法定人数不足时,有约10多位国会议员在国会大厦里出席2个不同的委员会会议。议长按铃后,这10多位议员中止委员会会议就回到会议厅里,超过了法定人数。

我所参与的国会公账会(PAC)在过去一年里已召开45次会议,发布5个工作调查报告,是各委员会之冠。公账会为了处理多宗重大议题的调查会议,多选在国会在开全会时也召开调查会议。我为了要参与国会全会的法案辩论,也多次奔走于国会大厅及委员会会议室兼顾两个同时进行的会议。这并非良好的开会方式。国会应修改常规,让国会议员们每周有一天的委员会日。

国会全会也不是个有效率的会议。有些议员表演脱口秀,而没做有深度的政策辩论。这成了冗长及一个接一个的马拉松辩论,使到国会议员们须常挑灯夜辩。议会改革须从各党团约束各自议员,派出有充份准备的议员代表各党参与全会辩论。

国会议员没有参与辩论时也是在忙着参与各大小会议。午餐时段常是排满了午餐汇报会。这个月,我就会见了远自英国来的警察行为独立办公室(IOPC)的代表,也会见了流亡海外的柬埔寨民主派领袖,参与了有关死刑刑罚汇报会,统考文凭会议以及多个法案的汇报会等。

兼任部长、副部长、州议员、州政府领导的国会议员更加忙碌。他们得处理各自部门的行政事务,也得来回布城、国会及各自州属。

第十四届国会已经有两位现任国会议员逝世,两位国会议员在会议厅内不适而须中断会议,被推着轮椅送院就医。

国会会议须更人性化处理会议时间,须更精明的审议国事而不是一场马拉松辩论秀。

______

Wednesday, November 13, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai semasa Peringkat Jawatankuasa Kementerin Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020 pada 7/11/2019

Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Kementerian Luar Negeri, untuk peruntukan mengurus yang diterima sebanyak RM724 juta dan juga pembangunan RM93 juta, sejumlah RM17 juta, kedudukan ke-20 dalam senarai kementerian. Walaupun 0.4 peratus daripada Federal Budget.


Walau bagaimanapun, saya rasa Kementerian Luar Negeri merupakan satu kementerian yang amat penting untuk menguruskan hubungan diplomatik apabila kita memasuki era globalisasi. Saya juga mengambil, alu-alukan Forum Policy Framework of the New Malaysia dengan tajuk ‘Change in Continuity’ dengan highlight new Malaysia, Malaysia baharu. Saya harap dengan dasar-dasar diplomatik kita harus lift up to the expectation iaitu kepada pembentukan satu Malaysia yang baharu.

Butiran yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi ialah 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat penambahan terdapat bajet daripada RM4.5 juta tahun lalu dinaikkan kepada RM6.04 juta. Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat banyak agensi yang memainkan peranan untuk mencegah keganasan. Antaranya di bawah Kementerian Luar Negeri dan juga di bawah polis, E8, di bawah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas yang juga bertanggungjawab untuk pencegahan keganasan.

Akan tetapi saya meminta supaya SEARCCT ini menjadi satu leading agency untuk mencegah keganasan . Ini kerana kita tidak boleh hanya bagi kepada E8 Cawangan Khas di bawah polis. Ia harus diangkat sebagai satu leading agency kerana saya dapati bahawa isu-isu keganasan ini perlu ada perspektif, hubungan antarabangsa dan perlu ada di kemas kini. Ini kerana kalau mengikut mitologi oleh E8 tanpa rujukan kepada Kementerian Luar Negeri ia akan mungkin tidak mempunyai hala tuju yang baik.

Selain itu saya ingin juga membangkitkan isu 020800 – Sekretariat Kebangsaan Asean dan juga 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin mendapat tahu apakah hasil ASEAN Summit yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Luar yang baru-baru berlangsung di Bangkok. Apakah hala tuju, Code of Conduct Laut China Selatan yang begitu penting untuk memastikan keamanan yang berlaku di Laut China Selatan. Apakah hala tuju untuk perkongsian maklumat ataupun tentang Code of Conduct untuk Laut China Selatan.

Di samping itu untuk Butiran 020000 iaitu di bawah tajuk Hubungan Diplomatik dan Kerjasama Pelbagai Hala. Saya dapati bahawa banyak negeri-negeri di persekutuan, banyak majlis perbandaran di Malaysia, mereka telah mengadakan hubungan friendship city. Contohnya Kuala Lumpur dengan Los Angeles dan sebagainya, satu friendship city antara city dengan city.

Akan tetapi perkara ini tidak- dan ia menjadi begitu kerap dan saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Wisma Putra ataupun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bagaimanakah isu, sama ada ada satu garis panduan ataupun free-for-all, ibu-ibu kota dan negeri-negeri boleh mengadakan friendship city dengan sebanyak negara, yang pada dulunya dipanggil “sister city” ini. Apakah beza friendship city dengan sister city ini? Bagaimana hubungan diplomatik bukan sahaja dijalankan oleh Wisma Putra tetapi juga diplomasi dijalankan oleh negeri-negeri, diplomasi dijalankan oleh pihak majlis perbandaran.

Di bawah Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai hutang yang tinggi dan menghadapi masalah untuk membayar kepada staf-stafnya. Saya ingin dapat tahu sama ada di bawah butiran ini sama ada Malaysia menjalankan obligasi antarabangsanya memberikan, membayar yuran-yuran tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ini saja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

Wednesday, November 06, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri) RUU Perbekalan 2020 pada 5/11/2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri)  RUU Perbekalan 2020 pada 5/11/2019

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan tabung bencana sebanyak RM17 juta semasa taufan lekima yang berlaku pada beberapa bulan lalu di mana mangsa-mangsa taufan ini di Pulau Pinang mendapat sebanyak RM2 juta. 
Saya ingin mengetahui sama ada tabung ini ataupun Tabung Bencana Taufan Lekima ini sama ada pembayaran kepada mangsa-mangsa telah selesai dan lengkap dijalankan? Seperti yang kita tahu bahawa apabila berlaku bencana, kita lihat bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah peruntukan daripada RM15 juta untuk NADMA, meningkat kepada RM20 juta. Saya ingin mengetahui sama ada pelaburan ini ke atas aset emolumen dan juga perkhidmatan bekalan, bagaimana kita dapat meningkatkan lagi tenaga ataupun keaktifan Agensi Pengurusan Bencana Negara. 

Seperti kita tahu, bencana berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di peringkat ASEAN. Saya ingin mengetahui bagaimana NADMA apabila dijadikan satu nasional agensi untuk pengurusan bencana, bagaimana NADMA boleh bekerjasama di peringkat ASEAN di mana ada satu agensi dipanggil ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) kerana Malaysia telah menandatangani satu perjanjian bersama pada tahun 2011 di mana kerjasama peringkat rantau ASEAN ini diperlukan apabila berlakunya bencana di Filipina atau di Indonesia. Bagaimana NADMA akan digerakkan melalui AHA Centre sama ada peruntukan yang kita bakal luluskan hari ini sama ada mencukupi untuk NADMA bergerak bersama dengan AHA Centre untuk membantu bencana-bencana yang berlaku di peringkat ASEAN. 
Selain itu, Butiran 050100 di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Saya ingin membangkitkan isu rukun tetangga. Saya meminta supaya rukun tetangga ini dapat dirombak semula kerana banyak aduan diterima bahawa rukun-rukun tetangga tidak dapat memainkan peranan yang sepatutnya. 
Selain rukun tetangga, saya ingin juga menanyakan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status Jawatankuasa Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony sama ada jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang aktif untuk menjadi satu payung kepada persatuan-persatuan agama daripada Buddhist, Christianity, Hinduism, Sikhism dan juga Taoism kerana di bawah jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, jawatankuasa di bawah Perpaduan ini sebenarnya perlu memainkan peranan yang aktif untuk berinteraksi dan juga menjadi satu payung kepada jawatankuasa-jawatankuasa keagamaan di negara ini. 
Saya juga sering kali mendengar aduan. Baru-baru ini daripada Little Sister of the Poor daripada Pulau Pinang bahawa mereka menghadapi masalah apabila biarawati (nuns) yang memohon masuk ke negara kita untuk menjadi penjaga di Little Sister of the Poor, satu rumah orang tua yang menjaga orang tua secara melalui kebajikan. Akan tetapi, permit-permit biarawati ini menghadapi masalah di kementerian-kementerian sama ada JPN ataupun Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta perkara-perkara seperti ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa yang menjaga terhadap agama-agama selain daripada agama Islam ini perlu memainkan peranan yang aktif, perlu memainkan peranan yang proaktif supaya hak-hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan ini dapat dijaga dengan baik. 
Selain itu saya juga ingin membangkitkan Butiran 060200 – Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Saya ingin menanyakan sama ada rang undang-undang yang baru kita luluskan National Anti-Financial Crime Centre (NAFCC) ini sama ada NAFCC Bil ini yang diluluskan sama ada akan diperuntukkan di bawah Bajet 2020 ini. Itu sahaja pertanyaan saya, terima kasih. 

预算案季节

预算案季节


文:黄汉伟
10月及11月是联邦、各州及市政厅公布预算案的季节。阅读各预算案讲词可以读到很多政治讯息及弦外之音。
槟州首席部长曹观友在11月1日在槟州议会宣读槟州政府2020年预算案。这是一个预算收入5.19亿令吉,开支7.92亿的预算案。槟州是个小州,所以是个小的预算案。雪兰莪的预算案收入22亿,比槟城多4倍,开支23亿。沙巴预算案收入是42.7亿,比槟城多8倍,开支41.6亿。砂拉越的预算案收入是100亿,比槟城多20倍,开支98.9亿。隔邻的吉打州的预算案收入是7亿,开支是10亿。
作为一个州属,槟州政府的预算也只比槟岛市政厅及威省市政厅多一点点。威省市政厅预算案收入是3.14亿,开支是3.49亿。槟岛市政厅的预算收入是4.5亿,开支是4.65亿。
与联邦政府的预算收入2445亿,开支2970亿比较,槟州的预算案是小了400倍。槟城理科大学所获得的联邦预算5.8亿也超越了整个槟州政府。
这是现实的数据。这是联邦权大,州权小的写照。东马州税收多,西马州税收少的状况。
我仔细看了沙巴州首长的预算讲词。沙巴有多元的收入包括了石油税、棕油销售税、渔业销售税、木材税、港口税收等。东马在联邦宪法之下有比西马更多的自主权及征税权。
槟州在缺乏天然资源之下,收入来源有限以及有限的征税权,是依靠地价收入、土地税及其他税收人。所以近年来的槟州预算案都会出现PPP的字眼(政府与私人界伙伴计划)以及由州政府探手入市政厅财库来执行发展计划。
经典例子就是通过政府与私人界伙伴计划执行全马第一间数码图书馆(Digital Library)。这是其他财大的州属及联邦还没办到的好计划。
槟州政府有必要持续探讨其他开源财政方案,以为人民带来更大的福祉。槟州过去通过土地发展经济的模式有必要持续。70年代,峇六拜从稻田区中发展成工业区。同样的威中及威南工业区也从一大片的农业地中发展起来。向海填土来发展新住宅区、工业区及舒缓交通方案是未来必然之路。
我读了吉打居林万拉峇鲁巫统议员拿督诺莎比丽娜日前在吉打州议会的辩论新闻。她说相对吉打居林新机场计划存在许多不确定因素,反而槟城占据先机,因为槟城峇六拜国际机场已经确定将由大马机场控股(MAHB) 去推行总值12亿令吉扩建计划。她也比较了马泰边境经济特区只获得5000万令吉联邦拨款,相对的槟城升旗山空中缆车计划却获得1亿令吉联邦拨款。
吉打州务大臣在吉州议会透露计划中的居林国际机场涉及600块土地的征地,征地费是一个大数字。若征地费太高,用私人集资的机场计划是否能落实还是个未知数。

有时,我们必须张开眼睛,打开耳朵,抬起头来看看其他州属的预算案,我们才能更正确的知道我们今天所在的位置及未来要走的方向。
--------------

Thursday, October 31, 2019

从槟城视角 看2020年联邦预算案




从槟城视角 看2020年联邦预算案
文:黄汉伟


2019年10月16日,我在国会下议院参与2020年财政预算案辩论。每年都有百多位国会议员参与此辩论。议长为了应对各区议员的要求,只有延长开会时间到晚上及限定每人15分钟辩论时段。联邦预算案涵盖了13个州属及联邦直辖区。往往是有人欢喜有人愁,顺得哥情失嫂意。整体而言,预算案有关注槟城的需求。
我期待着以“驱动发展,公平成果,共享繁荣”为主题的2020年预算案。这是朝《2030年共享繁荣愿景》挺进的预算案,即到2030年为国人提供体面的生活水平。我国经济增长数据令人鼓舞,2019年第二季度的增长率为4.9%,2019年上半年的通货膨胀率为0.2%,预计2019年的通胀率为0.9%。
槟城有两个重要的发展引擎,即工业和旅游业。我欢迎预算案所宣布《投资促进法》下的投资激励框架以及《所得税法》下的特殊激励措施和奖掖,这两大奖励措施将在2021年修订完成。在这项宣布之下,被誉为东方硅谷的槟城,犹如注入兴奋剂,将有机会使州内的制造业,在工业革命4.0以及中美贸易战所带来的新机遇下占尽先机。我认为,投资奖掖和寻找新的投资的努力应以倍增,借此加强槟城的工业生态系统。除此之外,预算案中提及的四大宣布,包括豁免电子与电机公司的高达10年的所得税以及特殊投资税,同时加速资本津贴及自动化设备资本津贴的发放。这将增强槟城的竞争力,并为成千上万的工人提供高薪的就业机会,借此支持他们的家庭,使他们能够实现我们在《2030年愿景》中所说的那样,享有体面的生活。
我也欢迎预算案中有关建设数码经济的多方计划。其中包括5G系统发展补助金、国家光纤化与连接计划(NFCP)、智能自动化配对补助金以及促进数码化的电子钱包账户。我们在人力资源的投资,將加速国民投入数码经济的机遇。
除了制造业之外,在槟城还有一个非常重要的项目即旅游业。我欢迎预算案宣布将联邦政府征收旅游税收入的50%,发放给各州政府的声明。我认为这是个很好的收益分享方式。槟州作为该旅游税的最大贡献者之一,也将受益匪浅。我亦欢迎预算案公布拨款1亿令吉增设升旗山新空中缆车系统。20年前,搭乘有轨缆车前往升旗山的乘客,每年大约只有50万人次。不过去年,即2018年,搭乘缆车上山的乘客则达170万人次。我们预计,2019年将达200万人次。这是20年前的四倍。这是非常鼓舞人心的一项成就。这归功于槟州政府和升旗山机构拥有良好的行政管理而获得的成果,包括提升各种基础设施和缆车站,以让升旗山成为吸引大量游客前来槟城的度假胜地。联邦政府拨款1亿令吉是不足以支付升旗山增建一个新空中缆车系统的全部经费。而不足的款项将由槟州政府承担。

除了工业和旅游业之外,我亦关注卫生领域这一环。在2020年财政预算案中,政府共有2个部门获得了最高的拨款,其中教育部旗下的行政管理一共获得了590亿令吉的拨款,而卫生部则获得270亿令吉,即教育部为34%,而卫生部则为16%。
该两个部门即教育部和卫生部单单在管理方面的拨款就已达到50%。实际上,我们大量的投于教育部。我们也通过卫生部优先照顾人民福利。我要求政府对全国医院进行全面的检讨,因为我从公众的反馈意见发现,全国各地的政府医院都同样面对着排长龙的问题,不论是排长队看医生,领取药物或动手术,这些都必须获得改善。我们的医疗服务不只是依靠政府医院,而也同时依靠诊所和私人医院。2020年的财政预算案中也宣布明年为大马医疗旅游年。除了刚才我所提到的健康课题之外,我吁请政府重新检讨如何在私人医院落实医疗旅游当儿,也包括提供交叉补贴方式来造福人民以及如何共享设备等。
我欢迎政府扩大B40全国保障计划mySalam的范围,以及让个人受惠的B40群体健康检查计划 (PeKa B40)。
我也欢迎交通部为槟城第二大桥捎来好消息,即宣布将过路费从8令吉50仙减至7令吉。这无疑是个好消息。虽然财政预算并没有对槟州交通大蓝图作出任何宣布,不过我希望政府考虑将槟城交通大蓝图纳入在即将于2021年开始的第12大马计划。
我感谢这份预算案中所涵盖的一切,这是一份亲民以及照顾人民福祉的预算案。

Thursday, October 24, 2019

全力打击金融罪案

全力打击金融罪案

文:黄汉伟

2019年10月10日,我在国会下议院参与《2019年国家反金融罪案中心法案》的辩论。这是一项设立联邦机构以打击金融犯罪的综合行动法案,整合12个執法机构及構建更严密的法网。
政府机构是一向来是以孤岛的形式工作,各自拥有不同的数据库。通过组建国家反金融罪案中心,他们可以共享数据库,创建大数据以便可以对金融犯罪进行更有组织的审查。
如果我们研究国际机构,将发现在美国,它被称为金融犯罪执法网络(FinCEN);加拿大则有加拿大金融交易和报告分析中心(FINTRAC);英国的是经济犯罪中心;澳大利亚是交易报告和分析中心。金融犯罪有很多类型,如在线欺诈、金钱游戏、离岸不正当交易,不经管制的加密货币等。
我阅读了加拿大FINTRAC 2017年年度的报告。加拿大的金融犯罪预防机构共同合作,与各国达成了100项双边协议,以政府对政府的方式为基础,共享国际金融情报及信息。因此,我认为,这项法案对建立国家反金融罪案中心是必要的,以便我们可以与其他中心的反金融犯罪中心进行交流,共享信息。
加拿大的FINTRAC,它拥有非常复杂的科技资讯基础结构,也拥有每个科技资讯的数据库,因为它每年可以有高达2500万份的新财务报告。其中包括电子资金转帐(EFT)的交易报告、可疑交易报告、跨境交易报等等。因此,它保存了许多来自银行、金融机构的报告,并进行过滤和分析,为警察和其他执法机构提供金融情报。加拿大进行巨额投资在技术上,以收集大量的金融信息。
根据此法案第16(1)条文阐明,国家反金融罪案中心可以透过书面通知来要求任何人士将拥有相关的文件提交给有关中心。第16(6)条文,即:“任何人若违反该条文的第2节,一旦被定罪,可以面对罚款不超过100万令吉,或坐牢不超过5年或两者兼施“。有关条文的权力极大,因此我提醒政府应谨慎使用该权力,尤其在执行收集大量的信息和数据时,更必须谨慎使用。个人隐私和数据是在银行与金融机构法案(BAFIA)下受保护。在打击金融犯罪的同时也要在这当中取得平衡,我们必须同时关注个人的隐私资料和数据的保护。
根据在此法案的第二附表,此中心可调查在《2001年反洗黑钱、反恐怖主义融资及非法活动收益法令》下进行,涉及的法令繁多。 因此我希望这收集巨大信息的极大权力、分析信息的大权力,与国际共享信息之权力必须在人民隐私和数据保护下得以获得平衡。
正如我们所知道的,如今金融犯罪活动是通过各种产品和服务,覆盖全球多个司法管辖区。因此,我们必须与国内外合作,一同打击金融犯罪。一些臭名远播的金融犯罪活动例如一马丑闻事件以及巴拿马数据被泄露事件等。
我国已通过了《2002年刑事事宜相互援助法令》条约。我们仅与14个国家签署有关条约。我们已和东盟9个国家签署有关条约以及澳大利亚、香港特别行政区、美国 、英国、印度和韩国。至于其他国家,我们尙未签署刑事互助条约。我認为我们更为积极以便寻求和他国政府合作,一起调查及打击跨国金融犯罪活动。
同样的在《1992年引渡法令》,我们必须研究如何在外国政府的协助下,使用该《引渡法令》将流亡海外的金融犯罪者引渡回国。同样的我们可透过”信息自动交换系统”(AEOI)的协议下追税。我国已宣布该系统可以协助我们与其他国家的税务局共享信息,一起对付跨国逃税者及潜伏的金融犯罪者。
因此,我要求加強这三个跨国追踪金融犯罪的法律措施,以便将来我们所成立的国家反金融罪案中心拥有国际互助能力,去打击目前我国越来越复杂的金融罪案。

Monday, October 21, 2019

Perbahasan RUU Perbekalan 2020

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 Bacaan Kali Yang Kedua pada Tarikh 16/10/2019 

Video here

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pembentangan Bajet 2020 dengan tema “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke arah Kemakmuran Bersama”. Ini mengorak langkah terhadap matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu menyediakan taraf hidup yang wajar atau dalam bahasa Inggeris decent standard of living kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2030. Angka-angka pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan suku kedua 2019 iaitu 4.9%, inflasi pada 0.2% dalam separuh pertama 2019 dan kadar inflasi dijangka pada 0.9% untuk tahun 2019. 
Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili dari kawasan Bukit Bendera dan ingin membicarakan tentang Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang mempunyai dua enjin pertumbuhan yang penting iaitu dari segi perindustrian ataupun pembuatan dan juga pelancongan. Saya mengalu-alukan pengumuman Bajet bahawa kerangka insentif pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan serta pakej galakan istimewa dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan akan dirombak dan siap pada tahun 2021. Industri pembuatan di Pulau Pinang ataupun mendapat mana silicon valley of the east, mendapat suntikan baru untuk mengambil peluang yang ada pada Industri Revolution 4.0 serta peluang baru di bawah perang dagang antara US juga negara China. 
Insentif-insentif pelaburan serta usaha baru pelaburan perlu dilipatgandakan untuk memperkukuhkan ekosistem pelaburan di Pulau Pinang. Di samping itu dalam pengumuman bajet ini terdapat empat pengumuman bajet yang merangkumi pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun untuk syarikat E&E, Electrical and Electronic yang dan juga elaun cukai pelaburan khas, elaun modal dipercepatkan, elaun modal kelengkapan automasi akan merancak pertumbuhan industri elektronik dan juga electrical, E& E ke ekonomi digital berasaskan 5G dan juga industrial 4.0. Tuan Yang di-Pertua, ini akan meningkatkan daya saing Pulau Pinang dan menjamin pekerjaan kepada puluhan, ribuan pekerja bergaji tinggi dan ini juga akan menyara keluarga mereka supaya mereka dapat satu seperti yang sebut dalam wawasan kita, decent standard of living seperti dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 
Di samping itu, ini juga dilengkapkan dengan penambahbaikan melalui perundangan perburuhan yang telah diluluskan oleh Parlimen ini dan juga akan diusahakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menjaga hak-hak pekerja dan kuasa rundingan antara majikan dan pekerja.Saya rasa sebarang penambahbaikan terhadap Akta Pekerja ini ialah secara dasar. Tapi secara praktikalnya Kementerian Sumber Manusia boleh apabila terdapat isu-isu pemberhentian pekerja, mereka boleh menggunakan berbagai saluran untuk membantu pekerja-pekerja yang terlibat sama ada untuk berunding dengan majikan ataupun memperkenalkan jawatan-jawatan kosong yang ada dalam pasaran. Saya rasa ini perlu dilakukan melalui kementerian dan sementara sebarang penambahbaikan di peringkat akta ialah peringkat dasar sahaja. In practical kita perlu, saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai perlu memberikan, hulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat. 
Tuan Yang di-Pertua saya turut mengalu-alukan pengumuman dalam bajet ini tentang pelan membina ekonomi digital dengan pelbagai dimensi, dengan juga berbagai pengumuman. Antara lain seperti Geran Pembangunan Ekosistem 5G, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Geran Perdana Automasi Pintar dan juga Rangsangan Digital ke akaun E-Wallet kita. Ini akan melabur dari segi sumber manusia supaya boleh kita jump start dalam bahasa Inggeris untuk ekonomi digital. 
Saya juga mengalu-alukan peruntukan RM11 juta dalam bajet ini untuk menggalakkan lebih ramai belajar ke bidang sains teknologi engineering dan juga matematik dan ini akan menyediakan mereka ke alam pekerjaan dan juga kepada ekonomi digital yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. 
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, selain daripada sektor pembuatan, di Pulau Pinang ini juga terdapat satu sektor yang amat penting iaitu sektor pelancongan dan saya mengalu-alukan pengumuman bahawa 50% hasil cukai pelancongan yang dikutip oleh kerajaan persekutuan akan dikembalikan kepada setiap kerajaan negeri dan saya rasa ini satu perkongsian hasil yang baik apabila cukai ini dikutip oleh kerajaan persekutuan, kita berkongsi dengan negeri-negeri – 50% dan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang tertinggi berkenaan dengan cukai pelancongan ini juga akan mendapat manfaat yang besar dalam pemulangan cukai pelancongan ini. 
Di samping itu juga saya mengalu-alukan pengumuman bajet ini bahawa sebahagian besar dari levi pelepasan yang dikenakan kepada penumpang ke luar negara melalui pengangkutan udara akan diperuntukkan kepada projek infrastruktur pelancongan. Ini sejajar apabila kita berbahas di Dewan ini bahawa Rang Undang- undang Levi Pelepasan 2019 pada bulan Julai lalu, saya telah mencadangkan supaya apabila levi ini dikutip, perlu juga dilabur ke atas infrastruktur pelancongan dan produk pelancongan serta penambahbaikan. Oleh itu sukacita kita mendengar pengumuman bajet bahawa ini akan dilakukan. 
Saya juga turut sangat gembira apabila terdapat pengumuman di bawah bajet ini bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk sistem kereta kabel baru ke Bukit Bendera. Ini kawasan saya dan amat-amat memberangsangkan apabila saya balik kawasan semua disambut dengan baik dengan peruntukan RM100 juta. 
Tuan Yang di-Pertua, 20 tahun lalu penumpang funicular train ke Bukit Bendera setiap tahun hanya lebih kurang 500 ribu penumpang sahaja. Tetapi pada tahun lalu, 2018 telah mencatatkan 1.7 juta penumpang yang menaiki train funicular ke Bukit Bendera.
Kita menjangkakan pada tahun 2019 ini akan mencecah ke angka RM2 juta untuk tahun 2019 ini. Ini merupakan empat kali ganda berbanding 20 tahun lalu. Oleh itu, merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Ini adalah hasil daripada pentadbiran yang baik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Perbadanan Bukit Bendera dengan pelbagai infrastruktur dan stesen di naik taraf menjadikan Bukit Bendera satu destinasi pelancongan yang terunggul di Pulau Pinang sebagai satu hill resort yang menarik dan begitu ramai yang akan datang. 
Akan tetapi, walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, RM100 juta ini belum dapat menampung kos keseluruhan sistem cable car di Pulau Pinang. Kos tambahan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, saya juga ingin menunggu pengumuman bajet oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 1 November 2019 supaya Kerajaan Persekutuan mengeluarkan RM100 juta dan Kerajaan Negeri akan mengeluarkan yang selebihnya untuk melengkapkan satu sistem cable car yang baru ke kawasan Bukit Bendera. Seperti cable car yang dirancangkan oleh Perbadanan Bukit Bendera ini sebenarnya menggunakan teknologi yang baru dan bukan seperti membuat pembangunan besar-besaran seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi. Saya rasa kita selalu akan - apabila Perbadanan Bukit Bendera memperkenalkan pengangkutan alternatif ini, ialah satu sistem pengangkutan yang mampan. Perlu diambil kira kemapanan dan sebagainya dan di samping itu menjaga alam sekitar
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu Malaysia My Second Home (MM2H) yang masih tertunggak di Kementerian Dalam Negeri. Saya telah difahamkan oleh agen-agen MM2H ini bahawa one stop center oleh Kementerian Pelancongan telah memproses permohonan-permohonan MM2H mengikut masa yang ditetapkan. Akan tetapi, belum mendapat kelulusan Jawatankuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta supaya SOP ini dipatuhi supaya pemohon- pemohon MM2H ini mendapat maklum balas dan jawapan pada masa yang ditetapkan. 
Ini memandangkan bahawa program MM2H ini membawa pulangan ekonomi yang tinggi dan pelaburan yang tinggi kepada kita. Oleh itu, saya harap apabila kita memperelokkan industri pelancongan, program MM2H ini diberikan satu perhatian yang serius dan dipercepatkan proses permohonan supaya pemohon-pemohon boleh mendapat jawapan yang seawalnya. 
Saya juga ingin meminta langkah-langkah yang lebih gigih untuk merangsang industri pelancongan dan perlu kerjasama antara beberapa kementerian untuk memperancakkan industri pelancongan. Maklumat seperti yang saya dapati daripada Buku Tinjauan Ekonomi, Economy Outlook 2020 ini bahawa di Malaysia buat masa ini terdapat 68 syarikat penerbangan menggunakan laluan ke Malaysia, 68 sahaja. Ini lebih rendah berbanding dengan 79 syarikat penerbangan antarabangsa yang menggunakan laluan ke Singapura ataupun 129 syarikat antarabangsa yang penerbangan yang landing di Thailand. Oleh itu, kita masih terdapat ruang yang besar kalau kita berbanding dengan Singapura dan Thailand, kita masih terbelakang. 
Mengikut laporan Travel and Tourism Competitive Report 2019 menunjukkan Malaysia turun ke tangga 29 pada tahun 2018 berbanding di tangga 26 pada tahun 2017. Industri pelancongan masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. 
Tuan Yang di-Pertua, di samping industri pembuatan perindustrian dan pelancongan, saya juga ingin membangkitkan tentang sektor kesihatan. Dalam bajet RUU Perbekalan 2020 ini, terdapat dua kementerian yang mendapat peruntukan yang amat tinggi iaitu Kementerian Pendidikan dari segi peruntukan yang tinggi untuk perkhidmatan. Di bawah Kementerian Pendidikan mendapat RM59 bilion dan juga Kementerian Kesihatan RM27 bilion iaitu Kementerian Pendidikan mendapat 34 peratus dan, Kementerian Kesihatan 16 peratus. 
Kedua-dua Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan sudah 50 peratus untuk dari segi mencecah angka 50 peratus dari segi yang perkhidmatan. Oleh itu kita sebenarnya melabur besar dalam Kementerian Pendidikan. Kita juga menjadikan Kementerian Kesihatan satu prioriti untuk menjaga kebajikan rakyat. Saya meminta supaya satu kajian menyeluruh dilakukan, kerana saya dapati bahawa dan juga maklum balas masyarakat awam bahawa hospital-hospital awam di seluruh negara mempunyai satu masalah yang sama iaitu mempunyai long queue. Barisan yang panjang untuk berjumpa doktor, barisan yang panjang untuk mengambil ubat dan ini perlu diperbaiki. 
Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2018 menunjukkan bahawa antara 58.7 peratus hingga 74.15 peratus, pesakit dirawat di Jabatan Trauma dan Kecemasan hospital awam dalam tempoh kurang daripada empat hingga enam jam. Mereka perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan. Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana kita telah membuat pelaburan RM27 bilion di bawah Kementerian Kesihatan untuk pengurusan dan perkara-perkara berbaris panjang di hospital awam, sama ada berjumpa doktor ataupun di wad ataupun kecemasan ataupun ambil ubat dan sebagainya, perkara ini perlu kita gembleng tenaga untuk memperbaiki performance untuk di hospital awam. 
Perkhidmatan kesihatan kita bukan sahaja bergantung kepada hospital awam, tetapi juga klinik kesihatan dan juga hospital-hospital swasta. Di bawah pengumuman bajet ini turut mengumumkan Tahun 2020 sebagai Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia, Medical Tourism. Tuan Yang di-Pertua, di samping kesihatan tadi saya ada sebut. Tahun 2020 Medical Tourism, Tahun Pelancongan Kesihatan. Oleh itu, saya meminta supaya kerajaan lihat balik bagaimana hospital-hospital swasta, Medical Tourism ini boleh mengadakan satu cara untuk cross subsidies supaya membawa kebaikan kepada rakyat jelata. Bagaimana untuk berkongsi peralatan dan sebagainya. Walaupun kita promoting Medical Tourism, kita boleh mencari ikhtiar dari segi pengurusan private hospital untuk mengurangkan masa menunggu yang panjang di hospital-hospital awam untuk operasi dan juga berubat
Saya turut alu-alukan perluasan mySalam program, dan PeKa B40 yang akan membawa kebaikan kepada individu- individu. Saya juga menyambut baik berita baik daripada segi pengangkutan apabila jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan tambang tolnya diturunkan daripada RM8.50 kepada RM7. Ini pengumuman yang baik. Dan walaupun tiada pengumuman untuk Pelan Pengangkutan Pulau Pinang- Penang Transport Master Plan untuk bajet ini, saya berharap Penang Transport Master Plan ini yang dapat menyumbang kepada pembangunan yang rancak, dan juga pengurusan lalu lintas yang mampan di Pulau Pinang ini dapat dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan bermula tahun 2021. Itu permohonan saya. Dan saya menghargai segala apa yang disebut dalam bajet ini, satu bajet yang mesra rakyat, yang selalu menjaga kebajikan rakyat, dan saya menyokong bajet ini. 

Thursday, October 17, 2019

废除反假新闻法案的国会闯关

废除反假新闻法案的国会闯关


文:黄汉伟
2019年10月8日,我在国会下议院参与辩论《2019年反假新闻(废除)法案》。实际上,下议院已前后三次辩论有关假新闻的法案。第一次是在2018年4月11日时通过《反假新闻法案》。第二次是在2018年8月16日时由希盟政府通过废除4个月前由国阵政府通过的法案。而这一次已是第三次。该废除法案是于8月16日由下议院通过,当时我也参加了辩论。但当它提呈给上议院寻求通过时,上议院驳回此法案。

上议院表决时,有28票反对,21票支持。上议院依然是由前朝国阵所委任的上议员人数为多数。这是我国国会60年来首次政府法案被上议院驳回。我在辩论时引述了《联邦宪法》第68条文。此条文阐明了处理类似当前情况的程序。政府在法案被驳回的一年冷静期后,重新提呈予下议院寻求通过,再来闯上议院这一关。如果依旧不获上议院通过,那这法案可直接提呈给最高元首以寻求核准。
因此,我重复《联邦宪法》第68条文的核心精神:即上议院仅有权推迟法案的通过,并不能阻止法案的通过。实际上,下议院已打算废除此法案,原因是有关假新闻的定义太宽泛,所涉及的范围和刑事处罚等也都太广,这将阻碍言论自由。当此法案再次被提呈时,下议院的意愿始终如一,即废除反假新闻法案。我希望上议员们应该听清楚下议员们的意愿,就是我们不想修改也不要保留此反假新闻法案,我们确确实实地要废除它。
我在辩论时除了提到联邦宪法第68条文之外,也跟进借鉴他国的一些经验,以处理相关的反假新闻法令。我有国会同僚说我们即然已是第二次辩论废除法案,干脆无须辩论,直接表决即可。不过科技及法律的进步,一年已是很长的时间。题目雖然一样,答案可大不一样。
我引述了英国下议院《数码、文化、媒体和体育委员会》报告,他们建议需要一个框架来要求科技公司承担大部分责任,像面子书、谷歌、推特之类的公司在遏制这一类假新闻方面必须扮演更大的角色。报告建议向媒体公司施加法律责任,以便他们对违反社会媒体指南委员会的误导性内容采取行动。德国国会也于2017年颁布了《网络执法法令》,该法令仅针对拥有大量注册用户的网络社交媒体。在收到用户投诉时,网络社交媒体就有义务摘除所发布的假新闻。德国的法令仅针对网络社交媒体公司,而不是如我们的法令般针对个人。
我们今天所面对的问题是,随着数码发展的步伐越来越快,假新闻不一定是由个人所传播,它也可以透过软件机器人(Software Bots)。Bot 马来语的意思为“舢板”。不过用科技术语来说,Bots是指可以重复傳播的软件,即该软件可以使用编码程序将讯息以重复式的方式传播到更多的地方,包括社交媒体、电子邮件和其它管道等。
我认为我们必需提出一个多方面包括教育、法律及科技的框架。我们必须鼓励散播真实的新闻及鼓励调查报导。我们也应探讨如何适当地向多媒体公司、社交媒体公司施加更严格的管制。
我想要求政府研究在新加坡刚执行的新法律,即《 防止网络假信息和防止网络操纵法案》(POFMA)。我并非完全赞同有关新加坡的法律。不过还是有一些事项是值得我们学习的。我们可以去芜存菁,研究有关法案第40条文下“账号限制”的方向探讨。尽管我们拥有刑事法典以及1998年通讯与多媒体法令来提控那些向社会散播假新闻的人,但我们缺乏强制将帖子从社交媒体中删除的机制。
国会下议院以93票支持,53票反对通过二读。在三读时,以92票支持对51票反对通过。这也是国会少数在二读及三读皆记名投票的法案。
当我在国会辩论此法案后,周末回到槟城为《当今大马》在理科大学主办的青年国会辩论赛主持开幕。该辩论会的主题为“网络安全及个人隐私”。我致词时说科技进步神速,各国政府在法律管制有关科技议题是永远慢几拍。所以,有关科技议题及网络议题永远是法律改革的试验点。
--------------------